Awesome;
+Follow | Dashboard

Pullman Bread / White Bread / Sandwich Bread
Monday, January 07, 2013 | 0 Awesome
Assalamualaikum w.b.t. Entri kali ni Ab nak cerita ttg apa yang dibelajar di dalam kelas pastry hari ini tadi. Fuhh. Memang penat and excited sebab first time buat roti bata perfect texture macam yang selalu dibeli di kedai. Lepas ni tak perlulah nak berGardinier lagi. Wakakakakkaa. boleyh buka bakery shop sudah kan. Amin ya RAb. Kalau nak buat di rumah pun ok jugak! menjadi juga tu walaupun tiada mesin Proffer and Table Mixer! Just uli dengan tangan pun ok juga :) Just the simple way to make a heaven food like that. aisyeh! wakakakaka. Sebelum masuk kelas pastry, Group kami juga yang paling awal. Chaiyok2! kena kekalkan prestasi Vintageous Corner. Owh yeah.. Wakakaka
Ok, Lets move to the recipe XD
******************************************
  • 660 gm high protein flour
  • 60 gm castor sugar
  • 1/2 tsp salt
  • 3 tbsp dry yeast
  • 380 ml UHT milk (Chilled) pastikan sejuk suhunya!
  • 50 gm shortening
Cara caranya :
  1. Ayakkan high protein flour dengan salt dahulu. 
  2. Masukkan gula dan dry yeast.
  3. Ulikan adunan tadi dengan table mixer dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan shortening dan uli lagi hingga sebati. Jika adunan masih ada yang melekat di tepi tepi bowl, tambah sedikit susu.! SEDIKIT sahaja.
  5. Keluarkan dari table mixer dan uli tangan selama 20 minit.
  6. Setelah 20 minit, gunakan window test. Tujuannya untuk kita tahu sama ada doh kita tadi ok and ready nak di proof dalam proffer. Cara caranya ambil sedikit doh tadi dan cuba tarik tarik and atur aturkan sehingga leper dan  nampak cahaya di sebelah tanpa mengoyakkan doh tersebut.
  7. Masukkan di dalam Proffer selama 30 minit.
  8. Keluarkan setelah 30 minit dan tumbuk tumbuk doh tadi yang telah kembang supaya udara keluar.
  9. Leperkan doh menggunakan rolling pin sehingga berbentuk saiz segi empat memanjang ikut saiz dengan acuan segi empat.
  10. Masukkan lagi di dalam Proffer selama 30 minit.
  11. Sementara menunggu, panaskan oven setinggi 190 Celsius.
  12. Setelah 30 minit, terus masukkan ke dalam oven selama 25 minit atau sehingga warnanya kecoklatan dan golden golden dengan crustnya.
  13. Keluarkan dari oven dan tunggu sehingga sejuk dan barulah dipotong menggunakan pisau roti :).
  14. Tada siap. Boleyh buat inti sandwich yang digemari.
note: jangan letakan yeast dengan garam kerana garam akan mematikan fungsi yeast tersebut. Manakala gula pula akan membiakkan yeast tersebut.

Ni dia hasilnya. Cantikan warnanya. Ini roti bata, bukan bata nak buat rumah ok!. Wakakakaka

Selepas di potong potong kan. Jadilah Vintageous Sandwich Sardine

Ni kumpulan Ab. Vintageous Corner. Di kiri Chef Razel and Di Kanan Chef Ceci. Tengah tengah sayalah bah. Wakakakakkaa
 Ok, itu saja untuk hari ini, Di lain hari kita update lagi ttg apa yang Ab masak XD. Cuba ya di rumah nanti and jangan lupa bagi report untuk Ab ok :)


« More Post | Less Post »

Awesomepeople
Little thing about me

Haii. This is my bloggie. Come here. It was amazing right ? hoho, just kidding LOL.

» Meet The Owner
» » Linkies
» Mr.Entries

Shoutwhatyouwant
My Favourite TAGBOARD


Credit
Thanks to them

» Template by : Iyra Monster
» Software : Photoshop CS5
» Pictures from : WeHEARTit
» Owner ::Taiko:: : AB Der Tiramisu/Face book
» Colour : Black, Grey, Yellow, Orange, Red, Green, Purple, Blue, Pink, White n Brown

Past=kisah lama